Tuesday, February 17, 2009

LAWATAN KE KARIMUN; (FILE SIMPAN)

HARI KE TIGA DI KARIMUN
Lorong rumah-rumah di pusat bandar Karimun menjamu selera.. maaf harganya agak tinggi gitu..

Hadiahkan buku Lingkaran Isu kpd masjid Raya Bandar Tjg Balai
Tiada lagi tempat menarik hendak dikunjungi.. hanya laluan biasa sahaja... Saya membeli telekung indon dan menjumpai penjual barangan antik... teruja melihatkan siling bertulisan jawi melayu; Ibrahim korban Ismail dengan gambarnya sekali, dan di belakangnya bergambar lembu bertulisan nama malaikat Jibril Mikail... dan saya membelinya dengan harga RM70.00 Untuk apa, selain sekadar kenangan.

Puas saya mencari basikal tua namun tiada ketemui.. Yang adapun seperti tidak mahu menjualnya sahaja..

Berkemas barang sebelum keluar minum teh telur (bercampur susu).. berangkat balik jam 1.00 naik feri bertolak jam 1.45 dalam keadaan yang terlalu letih...

Tiba di jeti jam 2.45 terus keluar dan pulang... Singgah solat di Masjid Penerok dan makan murtabak di Pontian.. sedap... terus pulang dan sampai ke rumah sekitar jam 7.00 mlm..

Esoknya hendak keluar hantar Afif ke MRSM Jasin pula...

MEMBELI BELAH DAN BERBELANJA

Kain baju papa mama agak popular pada masa ini dengan harga RM40 dan baju batik dalam harga RM35. Anda boleh berjual beli menggunakan matawang Malaysia jika tidak kecukupan wang rupiah. Tudung-tudung Indon yang cantik banyak didapati dengan harga RM20.00 dan ada yang lebih murah. Menyusuri jalan Nusantara ada banyak kedai (yang disebut pasar oleh orang sini) dengan pelbagai barangan jualan. Beg tangan separa kulit berjenama juga boleh dipilih, cuma kenalah anda pandai membuat perbandingan harga... Saya belikan satu untuk Shida RM57.00

Jam 3 petang kami keluar dengan van hotel ke Pinang Sebatang yang tidak jauh sebenarnya dari lokasi hotel. Kami makan nasi sup bontot (sup ekor lah..) dan harganya agak tinggi RM7.00 semangkuk.. kos keseluruhan 172 ribu rupiah dengan 6 orang makan.

Ada dewan seminar di situ dengan satu sesi ceramah yang agak menarik judulnya; "jangan asal bilang cinta..." msg

Maghrib di masjid dan berfoto dengan Pak Jais, Pak Tukilau Marjuki, Hj Husin Adam dan ramai lagi.. Selesai solat kami keluar berjalan kaki ke pelabuhan dan makan di situ. Saya pesan gado-gado yang enak juga rasanya. ada pula anak remaja yang menjadi penyanyi jalanan menghiburkan pengunjung dengan lagu patriotiknya sendiri dan cintakan keamanan, kemajuan dan pembelaan.. (tentunya mereka minta sedekah juga)

Saya terdengar lagu dangdut dan amat tertarik senikatanya; "kau menari-nari atas lukaku ini sedangkan aku membutuhkan cintamu.."

Tidak disangka pula di lobi hotel ketemu Pak Rasyid bin Talib (Muhd Rasyid Tab) merupakan bekas gabenor Kep Riau yang menjadi wakil Indonesia dalam Sekriteriat Dunia Melayu Dunia Islam kelolaan Kerajaan Negeri Melaka. Berbual dengan beliau ternyata banyak isu dibangkitkan terutamanya kesatuan umat Melayu dalam ertikata yang luas. Penyakit Melayu sama sahaja walau di mana; 'mereka amat menjaga hati orang lain, tetapi orang lain tidak pernah mengambil tahu untuk menjaga hati orang Melayu; Orang Melayu tidak kisah untuk menjaga hati bangsa sendiri, Orang Melayu pandai mencari duit hanya kurang bijak dalam menguruskan duit, membelanjakannya...

Tidur nyenyak keletihan..

HARI KE DUA DI KARIMUN

sdr Irwanto berbaju petak
Bacaan al-Quran mengejutkan kami bangun pagi itu dan solat Subuh berjemaah dapat ditunaikan berimamkan bacaan surah al-Ghasyiah dan As-Syams. Sempat berjalan di tepi Hotel Paragon dan berfoto dgn Puan Rahimah, Pertubuhan Peladang Besut. Penjual jalanan menawarkan 'anu buaya' kononnya untuk ubat lumpuh dengan harga RM35 (100 ribu rupiah). Dan saya meminum jamu yang rasanya manis, bolehlah dicuba.. tetapi Haji Hasan nampak tak tahan dengan bau dan rasanya..

Singgah di kedai Hj Talib barangan pertanian dan saya beli batu asah yang dibuat dari batu asal (batu alam) kerana keunikannya dan sebilah pisau untuk rewang-rewang potong daging...

Jam 10 seperti dijanjikan, saya menemui Pak Irwanto, Kepala Biro Admin Akademik, Universitas Karimun yang juga dosen (pensyarah) di sana. Orangnya masih muda yang menjawat jawatan pegawai Pendidikan Kabupaten Karimun dan dosen di FKIP. Dua tugas dijalankan serentak dengan hanya satu gaji sahaja.

Beberapa perkara dipersetujui sebagai kelangsungan akademik dan pembangunan masyarakat yang kami bincang. kami rancangkan jalinan kerjasama dalam 1. Penyelidikan (penelitian) 2. Penerbitan (jurnal dan bahan lain) dan 3. Seminar anjuran bersama. Insya-Allah perkara ini diharap dapat dilangsungkan dengan baik.

Pak Irwan membawa saya ke gerai makan di Pinang Sebatang terletak tepi pelabuhan dan berkenalan dengan Pegawai Beila dan Sukan Kabupaten Karimun, Pak Hurnaini.. rasanya ini pertemuan yang baik dalam berbagai dimensi kalau mahu diusulkan.

Saya dibawa pula ke toko buku besar di sini dan berkesempatan membeli beberapa buah buku teramasuklah Managemen Menangis, Tafsir Hasan Al-Banna, dan beberapa novel popular Habiburrahman...

Lantas kami berkesempatan melawati Universitas Karimun yang baru setahun beroperasi. Mereka sibuk menyediakan soalan peperiksaan univ yang akan berlangsung Isnin ini. Bangunannya tidaklah terlalu besar, dengan kemudahan pengurusan dan pentadbiran yang agak terbatas, tetapi itulah satu keperluan utama kepada pendidikan rakyat di sini.

Saya pulang agak lewat hampir waktu zohor.

MALAM DI PULAU KARIMUN

Saya mencari sim kad baru untuk hp kerana bimbangkan Afif dan umminya yang sedang bersiap sedia untuk ke MRSM Jasin. Dapatlah saya SIM KAD INDON dengan nombornya; 081277598960.. amboi mak panjangnya nombor ini... Kosnya dalam 25ribu rupiah.. he he.. saya belajar membilang wang rupiah yang ratus-ratus dan ribu-ribu.. best jugak, dah jadi jutawan lah aku..

Selesai makan saya pulang ke Paragon Hotel dan mendapat maklum rakan dari Uni. Karimun tidak dapat hadir, lalu saya bersama-sama ke pasar malam mengiringi rakan-rakan. Nampak beberapa helai tudung yang cantik.. belikan sehelai dua untuk isteri dan anak tercinta...

Puas berjalan-jalan, rupanya pasar malamnya terlalu kecil untuk langkahku yang panjang... Kami pulang ke hotel.. biarpun rasa ngantuk namun kaki ini enggan tidur dulu.. dan saya melangkah kaki sendirian ke masjid Raya, malangnya masjid telahpun ditutup. Lalu kaki terus melangkah hinggalah ke jalan apa tah ni, dan terpandang ada kedai PC. Ramai bebudak bermain games komputer.. dan ada internet.. lalu saya rakamkan sedikit coretan ini untuk bacaan semua..

Puas hati dan lega rasanya.. malam ini insya-Allah dapat tidur nyenyak..

(Maaf fotonya tidak dapat di up load lagi kerana tiada cable yang saya bawa)

MELINTASI SEMPADAN DAERAH KARIMUN

Masjid Baitul Karim, Masjid Raya Tanjung Balai terletak di tengah bandar Pejabat Kabupaten Karimun

Buku Lingkaran Isu dan Travelog Dakwah (Prof Dr Hj M Kamil) menjadi kenangan di Masjid Agung Karimun, masjid terbesar di sini

Masjid Agung Karimun
Jam 4 petang kami semua 7 orang dibawa Sdr Rizal melawati Pulau Karimun. Paragon Hotel kami tinggalkan menuju ke Masjid Agung Karimun. Poster pilihanraya bertebaran menandakan akan berlakngsungnya pilihanraya pada 9 April 2009 nanti. Dikatakan 40 parti politik mengambil bahagian dan mereka diberi peluang berkempen selama 8 bulan lamanya.. Bayangkan jika di Malaysia hanya 10 - 12 hari sahaja peluang diberikan untuk rakyat menilai misi dan perjuangan parti politik semasa....

Bahasa yang digunapakai di sini adalah sama dengan bahasa Johor, janganlah pula rakyat Malaysia nak mengajuk cakap Indon, kerana orang di sini berbahasa seperti bahasa Johor jua. Di masjid Agung kami solat Asar (walaupun telah solat tadi, tapi saya niat qada yang lama-lama jua) dengan imamnya seorang al-hafiz. Saya menghadiahkan buku LIngkaran Isu dan buku Prof Dr Hj Muhd Kamil; Travelog Dakwah kepada imam berkenaan sebagai kenang-kenangan persahabatan ini. Imam Muhamad Asyraf bin Hambali, bilalnya Abd Wahid dan beberapa rakan yang ada teruja dengan pemberian tidak terduga seperti ini. Semoga ikatan ini walaupun kecil akan diberi manfaat di penghujung masa nanti.

Masjid ini masih dalam pembinaan yang mana menara tingginya sedang dalam pembinaan. Ia terletak di kawasan 'bandar baru' yang agak kurang penduduknya pada masa ini. Namun pusat pentadbiran telah gah terbina di sekitarnya. Menariknya masjid ini ialah laman luas di luarnya dihidangkan lanskap simen berselang seli rumput dalam bentuk saf-saf untuk jemaah solat.... Cantik teknologi ini. Masjid ini atas pembiayaan KErajaan Daerah Karimun sendiri setelah Indonesia memperkenalkan kuasa outonomi kepada wilayah pentadbirannya.

Kami dimaklumkan Karimun itu berasal dari nama penghuni awal di sini iaitu Karim dan Maimunah; seperti diceritakan Rizal pemandu pelancong kami.

Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Pongkar, sebuah pantai bersih yang belum dibangunkan lagi. Pantai ini rupanya berhadapan dengan Kukup di wilayah Malaysia. Berehat sambil minum kopi o Karimun, saya berbual dengan Makcik dan kakak yang tinggal di sini yang rata-rata menunjukkan taraf kemiskinan yang masih jauh untuk dilakukan demi pembangunan ekonomi mereka.

Perjalanan pulang kami dibawa melihat Universitas Karimun, satu-satunya universiti yang ada di sini yang kebanyakan kursus berkaitan sains sosial jua. Saya bertuah kerana ada pegawai dari universitas ini akan menemui saya pada malam nanti.. best.. tentu ada ikatan dan projek yang boleh kita bincangkan.. UiTM Johor tetap di hati.

Sampai di Hotel Paragon, waktu hampir Maghrib dan kami bersedia untuk solat di Masjid Raya Karimun. Imamnya amat baik bacaan seolah-olah berada di Mekkah sahaja. SUbhanallah.. Syukur tidak terhingga.

Selepas solat Isya jamak, saya berbual dengan pakcik-pakcik di situ; Tuan Haji Jais Adam dan Tuan Haji Tukiran Marjuki menceritakan perkembangan pulau dan hubungannya dengan Johor. Johor dan pulau ini amat akrab hubungan kekeluargaan dan keislamannya...

Saya bergegas pulang ke hotel dan kami keluar makan nasi padang di restoran berdekatan. Nasi dihidangkan panas-panas dan lauk piuk banyak terhidang. Yang istimewa ialah sambal cilinya yang sedap dan kulit kaki lembu dimasak kari... Berselera kami menjamahnya.

MUSLIM TOUR; PULAU KARIMUN